Monday, 18 July 2011
PERJUANGAN BELUM SELESAI
Pada 4 Julai 2011,menerima pelantikan ke SMK Raja Abdullah berkuatkuasa 16 Jun. Namun masih tidak berkesempatan untuk memulakan tugas kerana terpaksa mengikut kursus-kursus sehingga 20 Julai nanti. Ilmu dan pengalaman kepengetuaan di Menjalara akan ku jadikan bekalan untuk meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan ini. Semoga Allah SWT memberikan aku kekuatan dan permudahkan setiap urusan dalam memikul tanggungjawab dan amanah memimpin dan membimbing warga kerja dan mendidik anak-anak bangsa di sekolah baru.
PERPISAHAN
Salam perpisahan buat semua warga menjalara tersayang. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua kerana telah memberikan saya memori perpisahan yang terindah pada 15 Julai 2011 yang lalu. Salam sayang buat semua, semoga kita diketemukan di lain kesempatan. LOL 2 all
Thursday, 14 April 2011
Utama Cemerlang
As'salamualaikum, salam 1 malaysia untuk warga Menjalara. Teruskan perjuangan agar visi sekolah Cemerlang dalam Bidang Akademik dan Sahsiah menjelang 2015. Utamakan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang anda ceburi.
Subscribe to:
Posts (Atom)