Monday, 18 July 2011

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Pada 4 Julai 2011,menerima pelantikan ke SMK Raja Abdullah berkuatkuasa 16 Jun. Namun masih tidak berkesempatan untuk memulakan tugas kerana terpaksa mengikut kursus-kursus sehingga 20 Julai nanti. Ilmu dan pengalaman kepengetuaan di Menjalara akan ku jadikan bekalan untuk meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan ini. Semoga Allah SWT memberikan aku kekuatan dan permudahkan setiap urusan dalam memikul tanggungjawab dan amanah memimpin dan membimbing warga kerja dan mendidik anak-anak bangsa di sekolah baru.

1 comment:

  1. Selamat Bersara Pn. Hjh. Azmah Rajion. Warga SMK Menjalara akan merindui mu. Terima kasih banyak2 kerana telah membuka ruang yang luas untuk kami meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan. JASAMU TETAP DIKENANG

    ReplyDelete